11/07/2012

kenapa perlu ?

sometimes aku tertanya juga kenapa aku berubah?
kalau dulu life aku social. nak cakap dengan sesiapa suka hati je.

kenapa?

kenapa aku kene susah2 berubah pdhl life dulu lagi seronok. 
dan kadang aku bertanya pada diri, kenapa aku masih nak berubah pdhl aku cukup terseksa nak berubah. dah tu kenapa masih nak berubah. kan senang kau putus asa lepas tu kembali kepada life dulu.

pernahkan rasa macam tu?

rasa macam nak tengok belakang lepas tu backoff je. heh.
 okey stop asking.

jawapannya senang je. kalau kau rasa kau hidup kat dunia bertujuan kerana Dia kau takkan backoff. lagipun aku rasa aku beruntung sgt hidup dalam suasana semua orang mengamalkan islam Alhamdulillah. dan saat tu kita tertampar sangat tengok orang yang bahagia je amalkan Islam dgn baik. jeles kan...? so start dari situ dah terketuk hati nak jugak join diorang. nak jugak life bahagia macam diorang. dan kau takleh nak backoff disebabkan orangorang disamping kau sentiasa maju, maju dan terus. semestinya kau tak nak jadi orang yang kebelakang kan? So, kau juga nak maju. lagipun kau hidup dalam suasana ukhuwwah yang super kuat tertaut. So, kau takkan terkontangkanting kat belakang sebab akan ada orang yang pusing belakang lepas tu tarik kau supaya kau terus maju. bukan jatuh>lemah>backoff.

kau tahu bende tu salah tapi kau still nak buat dan cakap 
"ala, byk lagi masa nak berubah"

padahal tak sedar langsung mungkin lepas kau ckp macam tu boleh je Allah tarik nyawa kau. heh, life ni bukan nak havoc social tak tentu arah. sebab bila fikir, Allah jadikan kau kat dunia takkan nak suruh kau seronok2.

anologi; 
kau ciptakan suatu bende tu untuk kegunaan kau sendiri kan? ofcourse kau ciptakan sesuatu supaya dia boleh buat sesuatu untuk kau.

So, macam tu jugak Allah. Allah bukan sukasuka jadikan kau lepas tu seronok2. tak tapi Dia nak kau beriman dengan Dia. abdikan diri pada Dia. life is for that. tapi takdelah kene duduk masjid 24 jam. Allah tu faham manusia la. banyak bende yang kita buat sebenarnya ibadah kalau kita niatkan sebab Dia. tak perlu kau nak masuk masjid ambik wudhu. setakat niat kerana Dia dan pastikan bende tu tak langgar syarak. easy right?

aku tahu tak senang nak berubah. tak senang nak tinggalkan bende yang dah jadi rutin kita. dan tak senang nak tinggalkan orang yang kita sayang.
tapi percayalah disebalik apa yang kau kene ubah kau kene lalui kau kene sakitsakit pasti ada sesuatu yang teramat indah yang Dia nak hadiahkan cuma Dia nak uji kita dulu je ;) kuatkan mujahadah hati, teruskan istiqamah.

03/07/2012

change

berubah tu serius x senang.
its such a big step macam nak kahwin gituu.
ye, serius. nak tinggalkan bende yang dah jadi rutin dan kita suka buat bende tu. dah soul kita. pastu kene tinggalkan sebab kita tahu dan kita sedar one day bende tu akan harm kita.

awk tahu, kita boleh je berubah. tapi hati mcm mane nak berubah lah seh ?!?!?!
sungguhlah, dalam hati ni sentiasa je kene struggle sorangsorang lupakan dia. kdg tu sampai nangis sebab serius bende ni susah dan kdg tu tak boleh nak buat :(

jadi,kuatkan hati untuk berubah sebab berubah mmg susah tapi bila dh berjaya insyaAllah indah. percayalah dengan Dia. insyaAllah, He will ease you.

28/05/2012

Randoms

Hari Ibu

Memang aku paling lembab sekali post pasal hari ibu . Tapi , aku nggak punya masa mahu berlamalamaan deh . Ampun ya . Namun , tak semestinya aku lambat post aku ketinggalan tak tahu mende . Cume lambat post je. Okey , as people said setiap hari kita kene hargai ibu kita bukan hari ibu je .
Umi , terima kasih sebab lahirkan Adibah kat dunia kalau umi tak berusaha nak lahirkan Adibah suresure Adibah tak hidup sekarang ni . Umi , Terima kasih untuk semuanya . Maafkan Adibah kalau umi balik sekolah tu , kitorang tak masak apaapa . Terima kasih sebab berada bersama Adibah time Adibah down masa ambil result UPSR dulu . Terima kasih kerana bagi Adibah katakata semangat . Terima kasih sebab doakan netball hari tu , Bak kata umi ; kalau umi tak doakan mesti tak menang . Terima kasih sebab selalu masak sedapsedap kalau tak mesti Adibah tak sesihat sekarang :D InsyaAllah , Adibah akan cuba dan takkan berputus asa untuk membalas jasa umi . Adibah akan cuba menjadi anak yang solehah tak jeritjerit sampai jiran sebelah dengar , tak buat umi membebel gaya menasihat . 

Comelkan umi saya ? ^^

Hari Guru

Hmm , aku rindu gila nak berhari guru dengan budak sekolah rendah . Happy sangat ! Semua orang semangat sangat bagi hadiah . hewhewhew . Tapi macam sinonim sangat kan , Hari guru = Hadiah . Hurmph . Tapi , aku tahu cikgucikgu semua tak perlukan semua hadiah tu . Diorang nak kitorang berjaya je . Hmm , aku rindu cikgucikgu SRIH . Ustazah Aisyah , Ustazah Suryani , Ustazah Salwa , Ustazah Norhayati , Ustazah Nazira , Ustazah Hasidah . Kalau nak list memang takkan habis . banyak sangat . Mungkin kadang aku termengumpat cikgucikgu semua . Aku tertak fokus time belajar . Aku tertido dalam kelas . Segala ter la . Atau pun segala yang disengajakan . Saya minta maaf ye cikgu . Di SMIH pula , tak payah cakap . Saya minta maaf tidur dalam kelas cikgu , berbual dalam kelas cikgu , buat homework lain dalam kelas cikgu , berangan dalam kelas cikgu , makan dalam kelas cikgu , tak siapkan homework , mengata cikgu ke ape ke lahkan ! Saya minta maaf juga ye cikgu . Ampunnnn . InsyaAllah , saya akan cuba jadi pelajar yang baik dalam kelas mahupun luar kelas . InsyaAllah , saya akan cube berjaya ampai band 6 dan dapat A dalam subjek bukan PBS . 

Exam PS1

Okey , sebab form 1 dah kene ambil PBS kitorang takde exam subjek PBS la kan . TAPI kitorang ade exam subjek diniyyah + komputer . Hmm , aku tak tahu nak kata apa pasal exam sebab ni exam paling tak serius aku pernah jawab sepanjang dah nak masuk 13 tahun aku hidup . Apepun , aku hanya mampu redha je la bila dapat result nanti . sebab aku pun macam #$$%^&* je usaha kaaannn . Hmm .

Holiday Bebbb !

And finally its holiday bebbbb ! Hoyeah , sila isi cuti anda dengan buat bende bermanfaat :) Terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik sewaktu cuti =..=

-Mood rindu pada zaman SRIH mula bertandang tanpa ketuk pintu hati-



InsyaAllah , Islam akan tertegak juga suatu hari nanti . Mari kita berusaha ! Seperti begini !
#Heyyy , kejamnya Basyar ni !

10/05/2012

mereka .

yang terlibat dalam accident . Mairah , Kak Kimah , Kak Amoi , Kak Dekjah [meninggal dunia ditempat kejadian], Kak Dayah . 
070512 maghrib .
Anisah ; Adibah , mairah accident .
Adibah ; [terdiam] sambung baca quran .

Aku terlalu speechless untuk berkata ketika itu . Rasanya mahu menjerit tapi aku harus meneruskan bacaan Quran . Selesai membaca , terus menanya lanjut . Sungguh , ini ujian besar . Baru tadi solat dengan dia . Melihat dia pakai tudung baru . Berpuasa bersamaku . Bergurau senda dengan dia . Bergurau pasal RM20 dengan kak dayah . Ahhh , sungguh terkejut . Memanglah kalau ujian Allah takde nak bagi signal dulu . huhuhu . dikejutkan lagi apabila kakaknya , dekjah meninggal . Sungguh , ujian apakah ini buat mereka ?! terus beristighfar . Berpesan pada diri ; Allah lebih sayangkan mereka sebab tu Allah uji mereka . Allah tahu mereka mampu nak hadapi semua ini . Sebab tu Allah uji mereka . Allah takkan uji mereka diluar kemampuan mereka . Asilah call , Iman call . Aku tak mampu lagi nak menahan air mata ini . Tears streams down on my face . Berita yang mengetuk hatihati hidayah-ians . Sungguh , rasa terketuk dengan ujian ini . Sungguhlah , mati tak mengenal usia . Bila membaca ceritacerita yang diupdate . .  Ah bagai nak tercabut jantung . Tabahlah wahai kawanku ~ Semua orang prihatin sangat dengan kejadian ini . Sungguh , itulah kekuatan ukhuwwah yang dibina berpaksikan Allah . Subhanallah . Melihat ketabahan makcik Ina + Pakcik Faizul Aris + Dekwan . Sungguh , tabahnya mereka . Redhanya mereka . Subhanallah .

080512 sekolah .
Ahhh , kalau aku yang rapat dengan dia bagai nak hilang semangat inikan pula yang tak rapat sangat . Semua turut merasa kesakitan mereka . Sungguhlah , Bumi hidayah ukhuwwah tiada tandingan . Balik tu , bersama rakanrakan melawat humairah . Plan yang super pantas punye . haha . Ya Allah , rasa nak balik je bila nak pergi melawat . Tak sanggup melihat . Pedih melihat keadaannya . SAKIT hati ini melihat keadaan sahabat fillah ku . speechless for the whole day . Kak Dayah alhamdulillah . Dah boleh layan spongebob semua . Ahhh , semua terlalu kuat hadapi semua ini ! Mairah pun boleh lagi nak loyar buruk semua . Sungguh kuat . Sehingga sekarang , aku masih rasa kehilangan si penceria suasana disekolah . Sungguh , aku rindu dia . Ya Allah , tabahkanlah mereka sekeluarga . Moga dengan ujian ini mereka mampu hadapi dan menjadi hamba yang kuat . be strong girl . We always prays the best for you and family . Please , be strong . I know you can :) Go ! Fight0 !



Mampu ke dia nak berannoying lagi dengan aku ?! kalau tak sape nak berannoying dengan aku ?!Aku tahu kau kuat . Aku yakin . Mairah , Please be strong . Aku tak boleh annoying sorangsorang tanpa kau :') Tabah ye sayang .

04/05/2012

nafas baru |


Oh , kini dengan tajuk blog yang baru . dengan nafas yang baru . Huarghhhhh ! mungkin lebih matang atau lebih kechildishan ? hemmmm ? follow la cerita kat blog ni kalau nak tahu . hewhewhew .cehceh , ayat tak boleh blah seh . #sape pulak yang nak follow blog ni =..=

saje nak suruh korang take a deep breath sebab korang mesti sibukkan nak buat kerja segala , kejar dunia , kejar pangkat segala . So , aku suruh korang berhenti kejap buat semua bende alah tu . lepastu tarik nafas sedalamdalamnya . ala , setakat tarik nafas berapa saat takkan tak sempat kan ? bila korang dah hembus balik , korang boleh lah buat kerja korang semua tu . hanya ambil nafas sedalamdalamnya saja #tetttt , apekah aku merepek ni ?! walaupun korang rasa ala bende takkan nak kene ajar semua kan? semua for sure reti bernafas kalau tak mati la . tapi korang reti tak bila di saat mana korang marah , korang tarik nafas dalamdalam untuk hilangkan marah #seriously , ape aku bebel ni ?!Maka , jangan lupa tarik nafas dalamdalam . tarik nafas bukan sekadar nak hidup , tapi untuk macam macam kebaikan yang korang dapat . ahhh , memang formal post ni . tapi apa salah aku melalut kejap kan ? mungkin kadang post kat blog ni tak bermanfaat kejap , kejap bermanfaat , kejap jadi alam , kejap jadi jahat mengalahkan syaiton . Well , begitulah juga iman manusia . aku jugak manusia . aku bukan alien datang dari planet sarangtikus . So , iman aku turun naik jugak . So , untuk maintain iman kita sentiasa stay je, sentiasa ingat Allah . ingat semua perintah Allah . Okey , jangan fikir bende ni berat . kalau set mind macam tu , memang selamanya korang akan fikir bende ni berat . okey , so . Thats it . huh .
YOUR WORDS