14/05/2013

away.

when I started to think about it. yes its kinda sad for me bcause she is my sister. my father is busy planning for her study abroad. urgh. I hate being left. okay,  I actually feel so sad. Allah, please just give her the best even its hurting me. I pray the best for you Anisah. 

Setiap pertemuan ada perpisahan. Pasti.
Air yang dicincang takkan putus.
Huhu this is my first year without Atiqah. because she studies at Jordan :(
And now Anisah want to fllow her footstep. I am missin' my sis and gonna miss everyone gather again. 

Raya tahun ni raya pertama uncomplete. T.T

20/04/2013

goyah.

Betapa lemahnya iman aku.
Bila lihat orang yang sama fikrah dengan aku bercouple.
Pasti aku akan terfikir, 
"Kenapa aku tak boleh buat, tapi orang boleh buat? Just why??"
Aku tak pernah faham kenapa...

dan suatu hari,
aku berfikir lama dan terjadi perang besar dalam hati.
"what for sebenarnya kau buang dia dari hidup kau..."
"sebab aku kena jaga nama baik parent, family aku..."
"Jadi sekarang kau takut dengan manusia atau Allah?"
GASP!

Dan sekarang aku faham, dan jumpa jawapannya...
"Aku tinggalkan dia dulu, sebab aku takut dengan pandangan Allah, padahal aku hidup atas muka bumi dia, takkanlah aku nak buat dosa atas muka bumi dia..."
And its end like that. Aku teruskan hidup.

dan ternampak lagi orang sefikrah dengan aku bercouple..
iman aku goyah. 
tarik nafas. hembus. 
"Please, rasionalkan diri sikit, jangan kalah dengan nafsu, ni semua dunia Adibahhh..."

Iman yanqus. senang sahaja konklusinya. 
Iman kita yaqid wa yanqus. menaik dan menurun
Apabila iman kita sedang melemah, mulalah nampak yang dosa semuanya indah...
mudah tunduk pada nafsu, syaitan..
Puncanya? Kita lihat pada solat 5 waktu kita...
bagaimana? 

*penat perli diri sendiri...

29/03/2013

rant

Aku benci.
Benci teringatkan kisah silam.
Sebab semua tu sangat pedih.
Dan... bila aku check it out balik hidup aku sekarang...
macam rasa masih dititik yang sama.
bergelumang dengan jahiliyah.

Mungkin dah berhenti chat dengan lelaki, kes ikhtilat kat laman sosial dah lama aku tinggal, dah lama selesai, tapi kes hati ni aku tak tahu bila nak hilang. 

Aku cuba. Aku cuba, ya Allah. 
Kadang aku rasa nak putus asa je, sebab soal hati ni, aku dan Dia je tahu.
Pedih.
Pedih sangat nak kene fight untuk berhenti sayang dekat orang yang kita sayang. 
Semua ni pedih. dan no one know, no one understand. 
Rasa macam nak pergi.
Pergi dari hidup yang melalaikan. 
Rasa nak berada di tempat yang semua orang tak kenal aku.

Kadang aku rasa benci sangat bila fikir hidup aku sekarang.
Serabut.
Dan aku sangat takut, orangorang yang mampu menguatkan aku ni,
aku pergi tinggalkan aku,
aku takut untuk hadapi masa itu.
Aku takut aku tak kuat nak hadapi. 
Aku takut aku akan jadi macam dulu masa hilang dia dari hidup.
Kadang, aku rasa macam tak nak dah sayang sapesape,
sebab aku takut nak hadapi kehilangan mereka.


Dan disebabkan itu, pada orang yang aku sangat sayang. Aku selalu berkata....
"Please always stay beside me"
Aku takut untuk kehilangan mereka. 

Tapi semua benda yang aku keluhkan ini, 
Yang aku rintihkan ini, Yang aku lalui semua ni,
Dia dah susun, sejak aku tercipta untuk hidup atas muka bumi Dia.
Sejak itu, semua benda yang berlaku dan dah berlaku sekarang, Dia dah susun.
Dan as I said, Dia susun semua ni sebab semua benda ni Dia tahu aku mampu. 
Jadi, Apapun yang terjadi aku kene face semua ni
.Apapun yang terjadi, I know He always with me.
Aku kena bangkit. 
Ya, aku tak boleh berada ditakuk yang sama. 
Kerana......
This is my destiny. 
Please, guide me. 
Aku nak masuk syurga bersama mereka.

22/03/2013

sepi

lamanya aku menyepi. Mencari ketenangan untuk hati. moga ketenangan itu terus bertapa dalam diri.


Bismillah.
Sekian lama aku menyepi, 
Aku makin sedar bahawa hidup aku bukan untuk bersedih, bukan untuk kecewa.
Hidup aku untuk terus optimis dan untuk Dia.

Ada masanya, Allah akan uji kita dengan ujian yang maha hebat. MasyaAllah. Sampai rasa terketarketar kaki nak face the test. Tapi, 

"Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya maka Dia menguji" [HR At Tarmidzi]

Selakselak buku Jom, ternampak hadis ni. Wah, rasa terharu kan? 
Allah ni, Dia bagi ujian supaya kita datang pada Dia, cerita pada Dia, sebab tu Dia bagi ujian tau. 
Betapa kasih sayangnya Allah bila Dia bagi ujian..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[2:286]

Nampak tak, bila Allah sangat memahami hambaNya. Tapi, apa yang kita buat? Kata Allah tak adil bagi ujian kita sangat berat, kenapa orang lain tak dapat ujian macam kita...
Dey, orang nak masuk syurga Dia, memang macam tu lah gaya ujiannya. Maka, bila kita putus asa dah jadi bagaimana tuuu? Hmmm. Untuk semua ujian Dia tu, percayalah lagi berat ujian yang Dia beri, lagi sayang Dia pada kita. Pabila Dia bagi ujian kat kita itu maknanya Dia masih sayangkan kita. Tapi kita... tak pernah hargai....

Allah bagi macam macam nikmat sampai kan..

":Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?"
[ArRahman:13]

Sampai Allah cakap macam tu.Banyak sangat nikmat yang Allah beri, sampai kita sendiri kalau nak tulis tak cukup! Sebab banyak sangat nikmatNya. Tapi, apa yang kita balas? Apa balasan kita?
Pernah dengar tak...

Cinta tak berbalas?


Pedihkan bila cinta tak berbalas? maka Allah juga begitu. Dia bagi macam macam tapi langsung kita watlek watdek je. 

Kesimpulannya disini, bila Allah bagi ujian tu, mestilah kita tak boleh putus asa sebab semua tu sebenarnya kita sama ada kita nak hadapi atau terus mengeluh dengan ujian je. 
Dan nikmat Allah tu.. subhanallah! Luas sangat! Maka hargailah dan balas cinta dan kasih sayang Dia dengan sentiasa hidup untuk Dia. 

"Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati, hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." 
[6:162]

Aku bukanlah insan hebat yang kaya dengan ilmu, Aku hanya insan yang masih kerdil dan cetek ilmunya. Maaf andai khilaf, tegur andai khilaf. 

"You are stronger than you think because you have Allah" :)

14/09/2012

love.


"When I expected the least, you entered into my life. When I expected the most

you left from my life."
pahit.

Cinta tu seronok sebab kita dicintai. Tapi tak seronok bila mesti tinggalkan cinta. Well, cinta tak best la. So, jangan berani masuk dalam kancah percintaan. Serius kau akan sakit gila. baik kau duduk elokelok takpayah bercinta. senang hidup. 

Bercinta.. before marriage is a crime.  dan, kau yakin ke dia yang kau bercinta itu adaah the right person. kalau memanglah dia bukan dengan kau pun lastlast, sedih weh isteri kau tak dapat katakata manis kau first class.  So, please simpan segala katakata manis kau untuk yang selayaknya.

Hmm. Love is not based on 'saya suka awak, I love you'. TAK. tapi love is about 'saya suka awak, jom kita kahwin, nak bina ummah' haaa, nampak tak besarnya tanggungjawab bercinta. So, bercintalah bila tiba waktu. InsyaAllah, akan sampai waktunya. Jangan tergopohgapah time belajar ni nak bercinta. Leklu. 

Tak mudah nak tinggalkan, tapi tak salah meninggalkan.
Last but not least, Jangan bermain dengan cinta kalau tak nak sakit. You better live in your own life. 
More happier.
YOUR WORDS