14/05/2013

away.

when I started to think about it. yes its kinda sad for me bcause she is my sister. my father is busy planning for her study abroad. urgh. I hate being left. okay,  I actually feel so sad. Allah, please just give her the best even its hurting me. I pray the best for you Anisah. 

Setiap pertemuan ada perpisahan. Pasti.
Air yang dicincang takkan putus.
Huhu this is my first year without Atiqah. because she studies at Jordan :(
And now Anisah want to fllow her footstep. I am missin' my sis and gonna miss everyone gather again. 

Raya tahun ni raya pertama uncomplete. T.T

20/04/2013

goyah.

Betapa lemahnya iman aku.
Bila lihat orang yang sama fikrah dengan aku bercouple.
Pasti aku akan terfikir, 
"Kenapa aku tak boleh buat, tapi orang boleh buat? Just why??"
Aku tak pernah faham kenapa...

dan suatu hari,
aku berfikir lama dan terjadi perang besar dalam hati.
"what for sebenarnya kau buang dia dari hidup kau..."
"sebab aku kena jaga nama baik parent, family aku..."
"Jadi sekarang kau takut dengan manusia atau Allah?"
GASP!

Dan sekarang aku faham, dan jumpa jawapannya...
"Aku tinggalkan dia dulu, sebab aku takut dengan pandangan Allah, padahal aku hidup atas muka bumi dia, takkanlah aku nak buat dosa atas muka bumi dia..."
And its end like that. Aku teruskan hidup.

dan ternampak lagi orang sefikrah dengan aku bercouple..
iman aku goyah. 
tarik nafas. hembus. 
"Please, rasionalkan diri sikit, jangan kalah dengan nafsu, ni semua dunia Adibahhh..."

Iman yanqus. senang sahaja konklusinya. 
Iman kita yaqid wa yanqus. menaik dan menurun
Apabila iman kita sedang melemah, mulalah nampak yang dosa semuanya indah...
mudah tunduk pada nafsu, syaitan..
Puncanya? Kita lihat pada solat 5 waktu kita...
bagaimana? 

*penat perli diri sendiri...

29/03/2013

rant

Aku benci.
Benci teringatkan kisah silam.
Sebab semua tu sangat pedih.
Dan... bila aku check it out balik hidup aku sekarang...
macam rasa masih dititik yang sama.
bergelumang dengan jahiliyah.

Mungkin dah berhenti chat dengan lelaki, kes ikhtilat kat laman sosial dah lama aku tinggal, dah lama selesai, tapi kes hati ni aku tak tahu bila nak hilang. 

Aku cuba. Aku cuba, ya Allah. 
Kadang aku rasa nak putus asa je, sebab soal hati ni, aku dan Dia je tahu.
Pedih.
Pedih sangat nak kene fight untuk berhenti sayang dekat orang yang kita sayang. 
Semua ni pedih. dan no one know, no one understand. 
Rasa macam nak pergi.
Pergi dari hidup yang melalaikan. 
Rasa nak berada di tempat yang semua orang tak kenal aku.

Kadang aku rasa benci sangat bila fikir hidup aku sekarang.
Serabut.
Dan aku sangat takut, orangorang yang mampu menguatkan aku ni,
aku pergi tinggalkan aku,
aku takut untuk hadapi masa itu.
Aku takut aku tak kuat nak hadapi. 
Aku takut aku akan jadi macam dulu masa hilang dia dari hidup.
Kadang, aku rasa macam tak nak dah sayang sapesape,
sebab aku takut nak hadapi kehilangan mereka.


Dan disebabkan itu, pada orang yang aku sangat sayang. Aku selalu berkata....
"Please always stay beside me"
Aku takut untuk kehilangan mereka. 

Tapi semua benda yang aku keluhkan ini, 
Yang aku rintihkan ini, Yang aku lalui semua ni,
Dia dah susun, sejak aku tercipta untuk hidup atas muka bumi Dia.
Sejak itu, semua benda yang berlaku dan dah berlaku sekarang, Dia dah susun.
Dan as I said, Dia susun semua ni sebab semua benda ni Dia tahu aku mampu. 
Jadi, Apapun yang terjadi aku kene face semua ni
.Apapun yang terjadi, I know He always with me.
Aku kena bangkit. 
Ya, aku tak boleh berada ditakuk yang sama. 
Kerana......
This is my destiny. 
Please, guide me. 
Aku nak masuk syurga bersama mereka.

22/03/2013

sepi

lamanya aku menyepi. Mencari ketenangan untuk hati. moga ketenangan itu terus bertapa dalam diri.


Bismillah.
Sekian lama aku menyepi, 
Aku makin sedar bahawa hidup aku bukan untuk bersedih, bukan untuk kecewa.
Hidup aku untuk terus optimis dan untuk Dia.

Ada masanya, Allah akan uji kita dengan ujian yang maha hebat. MasyaAllah. Sampai rasa terketarketar kaki nak face the test. Tapi, 

"Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya maka Dia menguji" [HR At Tarmidzi]

Selakselak buku Jom, ternampak hadis ni. Wah, rasa terharu kan? 
Allah ni, Dia bagi ujian supaya kita datang pada Dia, cerita pada Dia, sebab tu Dia bagi ujian tau. 
Betapa kasih sayangnya Allah bila Dia bagi ujian..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[2:286]

Nampak tak, bila Allah sangat memahami hambaNya. Tapi, apa yang kita buat? Kata Allah tak adil bagi ujian kita sangat berat, kenapa orang lain tak dapat ujian macam kita...
Dey, orang nak masuk syurga Dia, memang macam tu lah gaya ujiannya. Maka, bila kita putus asa dah jadi bagaimana tuuu? Hmmm. Untuk semua ujian Dia tu, percayalah lagi berat ujian yang Dia beri, lagi sayang Dia pada kita. Pabila Dia bagi ujian kat kita itu maknanya Dia masih sayangkan kita. Tapi kita... tak pernah hargai....

Allah bagi macam macam nikmat sampai kan..

":Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?"
[ArRahman:13]

Sampai Allah cakap macam tu.Banyak sangat nikmat yang Allah beri, sampai kita sendiri kalau nak tulis tak cukup! Sebab banyak sangat nikmatNya. Tapi, apa yang kita balas? Apa balasan kita?
Pernah dengar tak...

Cinta tak berbalas?


Pedihkan bila cinta tak berbalas? maka Allah juga begitu. Dia bagi macam macam tapi langsung kita watlek watdek je. 

Kesimpulannya disini, bila Allah bagi ujian tu, mestilah kita tak boleh putus asa sebab semua tu sebenarnya kita sama ada kita nak hadapi atau terus mengeluh dengan ujian je. 
Dan nikmat Allah tu.. subhanallah! Luas sangat! Maka hargailah dan balas cinta dan kasih sayang Dia dengan sentiasa hidup untuk Dia. 

"Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati, hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." 
[6:162]

Aku bukanlah insan hebat yang kaya dengan ilmu, Aku hanya insan yang masih kerdil dan cetek ilmunya. Maaf andai khilaf, tegur andai khilaf. 

"You are stronger than you think because you have Allah" :)

14/09/2012

love.


"When I expected the least, you entered into my life. When I expected the most

you left from my life."
pahit.

Cinta tu seronok sebab kita dicintai. Tapi tak seronok bila mesti tinggalkan cinta. Well, cinta tak best la. So, jangan berani masuk dalam kancah percintaan. Serius kau akan sakit gila. baik kau duduk elokelok takpayah bercinta. senang hidup. 

Bercinta.. before marriage is a crime.  dan, kau yakin ke dia yang kau bercinta itu adaah the right person. kalau memanglah dia bukan dengan kau pun lastlast, sedih weh isteri kau tak dapat katakata manis kau first class.  So, please simpan segala katakata manis kau untuk yang selayaknya.

Hmm. Love is not based on 'saya suka awak, I love you'. TAK. tapi love is about 'saya suka awak, jom kita kahwin, nak bina ummah' haaa, nampak tak besarnya tanggungjawab bercinta. So, bercintalah bila tiba waktu. InsyaAllah, akan sampai waktunya. Jangan tergopohgapah time belajar ni nak bercinta. Leklu. 

Tak mudah nak tinggalkan, tapi tak salah meninggalkan.
Last but not least, Jangan bermain dengan cinta kalau tak nak sakit. You better live in your own life. 
More happier.

11/07/2012

kenapa perlu ?

sometimes aku tertanya juga kenapa aku berubah?
kalau dulu life aku social. nak cakap dengan sesiapa suka hati je.

kenapa?

kenapa aku kene susah2 berubah pdhl life dulu lagi seronok. 
dan kadang aku bertanya pada diri, kenapa aku masih nak berubah pdhl aku cukup terseksa nak berubah. dah tu kenapa masih nak berubah. kan senang kau putus asa lepas tu kembali kepada life dulu.

pernahkan rasa macam tu?

rasa macam nak tengok belakang lepas tu backoff je. heh.
 okey stop asking.

jawapannya senang je. kalau kau rasa kau hidup kat dunia bertujuan kerana Dia kau takkan backoff. lagipun aku rasa aku beruntung sgt hidup dalam suasana semua orang mengamalkan islam Alhamdulillah. dan saat tu kita tertampar sangat tengok orang yang bahagia je amalkan Islam dgn baik. jeles kan...? so start dari situ dah terketuk hati nak jugak join diorang. nak jugak life bahagia macam diorang. dan kau takleh nak backoff disebabkan orangorang disamping kau sentiasa maju, maju dan terus. semestinya kau tak nak jadi orang yang kebelakang kan? So, kau juga nak maju. lagipun kau hidup dalam suasana ukhuwwah yang super kuat tertaut. So, kau takkan terkontangkanting kat belakang sebab akan ada orang yang pusing belakang lepas tu tarik kau supaya kau terus maju. bukan jatuh>lemah>backoff.

kau tahu bende tu salah tapi kau still nak buat dan cakap 
"ala, byk lagi masa nak berubah"

padahal tak sedar langsung mungkin lepas kau ckp macam tu boleh je Allah tarik nyawa kau. heh, life ni bukan nak havoc social tak tentu arah. sebab bila fikir, Allah jadikan kau kat dunia takkan nak suruh kau seronok2.

anologi; 
kau ciptakan suatu bende tu untuk kegunaan kau sendiri kan? ofcourse kau ciptakan sesuatu supaya dia boleh buat sesuatu untuk kau.

So, macam tu jugak Allah. Allah bukan sukasuka jadikan kau lepas tu seronok2. tak tapi Dia nak kau beriman dengan Dia. abdikan diri pada Dia. life is for that. tapi takdelah kene duduk masjid 24 jam. Allah tu faham manusia la. banyak bende yang kita buat sebenarnya ibadah kalau kita niatkan sebab Dia. tak perlu kau nak masuk masjid ambik wudhu. setakat niat kerana Dia dan pastikan bende tu tak langgar syarak. easy right?

aku tahu tak senang nak berubah. tak senang nak tinggalkan bende yang dah jadi rutin kita. dan tak senang nak tinggalkan orang yang kita sayang.
tapi percayalah disebalik apa yang kau kene ubah kau kene lalui kau kene sakitsakit pasti ada sesuatu yang teramat indah yang Dia nak hadiahkan cuma Dia nak uji kita dulu je ;) kuatkan mujahadah hati, teruskan istiqamah.

03/07/2012

change

berubah tu serius x senang.
its such a big step macam nak kahwin gituu.
ye, serius. nak tinggalkan bende yang dah jadi rutin dan kita suka buat bende tu. dah soul kita. pastu kene tinggalkan sebab kita tahu dan kita sedar one day bende tu akan harm kita.

awk tahu, kita boleh je berubah. tapi hati mcm mane nak berubah lah seh ?!?!?!
sungguhlah, dalam hati ni sentiasa je kene struggle sorangsorang lupakan dia. kdg tu sampai nangis sebab serius bende ni susah dan kdg tu tak boleh nak buat :(

jadi,kuatkan hati untuk berubah sebab berubah mmg susah tapi bila dh berjaya insyaAllah indah. percayalah dengan Dia. insyaAllah, He will ease you.

28/05/2012

Randoms

Hari Ibu

Memang aku paling lembab sekali post pasal hari ibu . Tapi , aku nggak punya masa mahu berlamalamaan deh . Ampun ya . Namun , tak semestinya aku lambat post aku ketinggalan tak tahu mende . Cume lambat post je. Okey , as people said setiap hari kita kene hargai ibu kita bukan hari ibu je .
Umi , terima kasih sebab lahirkan Adibah kat dunia kalau umi tak berusaha nak lahirkan Adibah suresure Adibah tak hidup sekarang ni . Umi , Terima kasih untuk semuanya . Maafkan Adibah kalau umi balik sekolah tu , kitorang tak masak apaapa . Terima kasih sebab berada bersama Adibah time Adibah down masa ambil result UPSR dulu . Terima kasih kerana bagi Adibah katakata semangat . Terima kasih sebab doakan netball hari tu , Bak kata umi ; kalau umi tak doakan mesti tak menang . Terima kasih sebab selalu masak sedapsedap kalau tak mesti Adibah tak sesihat sekarang :D InsyaAllah , Adibah akan cuba dan takkan berputus asa untuk membalas jasa umi . Adibah akan cuba menjadi anak yang solehah tak jeritjerit sampai jiran sebelah dengar , tak buat umi membebel gaya menasihat . 

Comelkan umi saya ? ^^

Hari Guru

Hmm , aku rindu gila nak berhari guru dengan budak sekolah rendah . Happy sangat ! Semua orang semangat sangat bagi hadiah . hewhewhew . Tapi macam sinonim sangat kan , Hari guru = Hadiah . Hurmph . Tapi , aku tahu cikgucikgu semua tak perlukan semua hadiah tu . Diorang nak kitorang berjaya je . Hmm , aku rindu cikgucikgu SRIH . Ustazah Aisyah , Ustazah Suryani , Ustazah Salwa , Ustazah Norhayati , Ustazah Nazira , Ustazah Hasidah . Kalau nak list memang takkan habis . banyak sangat . Mungkin kadang aku termengumpat cikgucikgu semua . Aku tertak fokus time belajar . Aku tertido dalam kelas . Segala ter la . Atau pun segala yang disengajakan . Saya minta maaf ye cikgu . Di SMIH pula , tak payah cakap . Saya minta maaf tidur dalam kelas cikgu , berbual dalam kelas cikgu , buat homework lain dalam kelas cikgu , berangan dalam kelas cikgu , makan dalam kelas cikgu , tak siapkan homework , mengata cikgu ke ape ke lahkan ! Saya minta maaf juga ye cikgu . Ampunnnn . InsyaAllah , saya akan cuba jadi pelajar yang baik dalam kelas mahupun luar kelas . InsyaAllah , saya akan cube berjaya ampai band 6 dan dapat A dalam subjek bukan PBS . 

Exam PS1

Okey , sebab form 1 dah kene ambil PBS kitorang takde exam subjek PBS la kan . TAPI kitorang ade exam subjek diniyyah + komputer . Hmm , aku tak tahu nak kata apa pasal exam sebab ni exam paling tak serius aku pernah jawab sepanjang dah nak masuk 13 tahun aku hidup . Apepun , aku hanya mampu redha je la bila dapat result nanti . sebab aku pun macam #$$%^&* je usaha kaaannn . Hmm .

Holiday Bebbb !

And finally its holiday bebbbb ! Hoyeah , sila isi cuti anda dengan buat bende bermanfaat :) Terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik sewaktu cuti =..=

-Mood rindu pada zaman SRIH mula bertandang tanpa ketuk pintu hati-



InsyaAllah , Islam akan tertegak juga suatu hari nanti . Mari kita berusaha ! Seperti begini !
#Heyyy , kejamnya Basyar ni !

10/05/2012

mereka .

yang terlibat dalam accident . Mairah , Kak Kimah , Kak Amoi , Kak Dekjah [meninggal dunia ditempat kejadian], Kak Dayah . 
070512 maghrib .
Anisah ; Adibah , mairah accident .
Adibah ; [terdiam] sambung baca quran .

Aku terlalu speechless untuk berkata ketika itu . Rasanya mahu menjerit tapi aku harus meneruskan bacaan Quran . Selesai membaca , terus menanya lanjut . Sungguh , ini ujian besar . Baru tadi solat dengan dia . Melihat dia pakai tudung baru . Berpuasa bersamaku . Bergurau senda dengan dia . Bergurau pasal RM20 dengan kak dayah . Ahhh , sungguh terkejut . Memanglah kalau ujian Allah takde nak bagi signal dulu . huhuhu . dikejutkan lagi apabila kakaknya , dekjah meninggal . Sungguh , ujian apakah ini buat mereka ?! terus beristighfar . Berpesan pada diri ; Allah lebih sayangkan mereka sebab tu Allah uji mereka . Allah tahu mereka mampu nak hadapi semua ini . Sebab tu Allah uji mereka . Allah takkan uji mereka diluar kemampuan mereka . Asilah call , Iman call . Aku tak mampu lagi nak menahan air mata ini . Tears streams down on my face . Berita yang mengetuk hatihati hidayah-ians . Sungguh , rasa terketuk dengan ujian ini . Sungguhlah , mati tak mengenal usia . Bila membaca ceritacerita yang diupdate . .  Ah bagai nak tercabut jantung . Tabahlah wahai kawanku ~ Semua orang prihatin sangat dengan kejadian ini . Sungguh , itulah kekuatan ukhuwwah yang dibina berpaksikan Allah . Subhanallah . Melihat ketabahan makcik Ina + Pakcik Faizul Aris + Dekwan . Sungguh , tabahnya mereka . Redhanya mereka . Subhanallah .

080512 sekolah .
Ahhh , kalau aku yang rapat dengan dia bagai nak hilang semangat inikan pula yang tak rapat sangat . Semua turut merasa kesakitan mereka . Sungguhlah , Bumi hidayah ukhuwwah tiada tandingan . Balik tu , bersama rakanrakan melawat humairah . Plan yang super pantas punye . haha . Ya Allah , rasa nak balik je bila nak pergi melawat . Tak sanggup melihat . Pedih melihat keadaannya . SAKIT hati ini melihat keadaan sahabat fillah ku . speechless for the whole day . Kak Dayah alhamdulillah . Dah boleh layan spongebob semua . Ahhh , semua terlalu kuat hadapi semua ini ! Mairah pun boleh lagi nak loyar buruk semua . Sungguh kuat . Sehingga sekarang , aku masih rasa kehilangan si penceria suasana disekolah . Sungguh , aku rindu dia . Ya Allah , tabahkanlah mereka sekeluarga . Moga dengan ujian ini mereka mampu hadapi dan menjadi hamba yang kuat . be strong girl . We always prays the best for you and family . Please , be strong . I know you can :) Go ! Fight0 !



Mampu ke dia nak berannoying lagi dengan aku ?! kalau tak sape nak berannoying dengan aku ?!Aku tahu kau kuat . Aku yakin . Mairah , Please be strong . Aku tak boleh annoying sorangsorang tanpa kau :') Tabah ye sayang .

04/05/2012

nafas baru |


Oh , kini dengan tajuk blog yang baru . dengan nafas yang baru . Huarghhhhh ! mungkin lebih matang atau lebih kechildishan ? hemmmm ? follow la cerita kat blog ni kalau nak tahu . hewhewhew .cehceh , ayat tak boleh blah seh . #sape pulak yang nak follow blog ni =..=

saje nak suruh korang take a deep breath sebab korang mesti sibukkan nak buat kerja segala , kejar dunia , kejar pangkat segala . So , aku suruh korang berhenti kejap buat semua bende alah tu . lepastu tarik nafas sedalamdalamnya . ala , setakat tarik nafas berapa saat takkan tak sempat kan ? bila korang dah hembus balik , korang boleh lah buat kerja korang semua tu . hanya ambil nafas sedalamdalamnya saja #tetttt , apekah aku merepek ni ?! walaupun korang rasa ala bende takkan nak kene ajar semua kan? semua for sure reti bernafas kalau tak mati la . tapi korang reti tak bila di saat mana korang marah , korang tarik nafas dalamdalam untuk hilangkan marah #seriously , ape aku bebel ni ?!Maka , jangan lupa tarik nafas dalamdalam . tarik nafas bukan sekadar nak hidup , tapi untuk macam macam kebaikan yang korang dapat . ahhh , memang formal post ni . tapi apa salah aku melalut kejap kan ? mungkin kadang post kat blog ni tak bermanfaat kejap , kejap bermanfaat , kejap jadi alam , kejap jadi jahat mengalahkan syaiton . Well , begitulah juga iman manusia . aku jugak manusia . aku bukan alien datang dari planet sarangtikus . So , iman aku turun naik jugak . So , untuk maintain iman kita sentiasa stay je, sentiasa ingat Allah . ingat semua perintah Allah . Okey , jangan fikir bende ni berat . kalau set mind macam tu , memang selamanya korang akan fikir bende ni berat . okey , so . Thats it . huh .

03/05/2012

rindu !

Tadi tibatiba rasa nak bukak album last day kat jannah punye album . Hewhew , nasib tak leleh . Rindunya sudah tidak bisah gue tahan lagi . huhuhu . jadi , post kali ni sekadar nak flashback zaman kanakkanak . Hurmph ~ rindunye .

2007- Ihtifal . Hurmph , aku pun tak faham keserabutan apa yang aku hadapi itu . ngaaa ~ tapi , semua orang sangat comel duluuuu ~

2009 - sehari sebelum ihtifal .
 2009- Latihan hari sukan . Semua baru lepas habis lari satu padang [kecuali yang ngelat la ~] Ustaz Loqman , pindah sudah . huhuhuhu .
 2009-Mukhayyam . Umi Kalthum first place . Woaaaaa !
 2009-Jamuan Kelas . 4 UAF-ians .

 2009-Jamuan perpisahan Asma . tapi Asma is not there . Harharhar .

Ingat lagi , time tahun 4 nak dekat ihtifal so ramai guru tak masuk . Lepas tu aulad semua main bagai nak rak happy sangat . Banat pun apelagi , main buayabuaya guna tikar yang dah koyak . lepastu main panjatpanjat meja , jeritjerit . Ahhhh , sungguh tak matang . Time tahun 4 mane kesah suara tu aurat ke tak . Zaman tak matang ~ bestnyeee .

2010-Jamuan Pengawas , tertubuhnya Joyah's Family .
 2010-Ihtifal . with senior . muka kecik seh .
 2010-Ihtifal . With junior . hehh .
  
Ahhhh , takkan lupa zaman tahun 5 . Zaman yang sangat jahiliyyah . Zaman yang mengajar aku ketabahan . Zaman yang mengajar aku jadi kuat , kental , tabah . huhuhuhuh , Setitis air mata pun tak keluar . Aku tak tahu asal kental sangat aku . huh . 2010 jugak tertubuhnya Joyah's Family yang super happening . Walaupun dah joyah namanya memang kepoh , but I still love them . huhuhu .

 2011-last day . huhuh , love them .
 2011-Iftar tak-berapa-nak-jadi .Anyway sebab budakbudak yang datangnya happening habis . So , kira macam semua dah datang . ngehehehe :DD
 2011-PRINT'11 . PRINT mengajarkan supaya bergaul mesra dengan orang lain . PRINT juga ajar aku supaya rasa Izzah bawak nama sekolah . Hurmph ! PRINT best ! rindu PRINT !
 2011-Jamuan pengawas . Ahhhhhh , family pengawas ni . Sungguh rindu nak bertugas samesame . Nak keluar awal sebab bertugas . Guru superb ! Ustazah Zaleha + Ustazah Nazira . Terima kasih Ustazah !
 2011-PRINT lagi . Mandi sungai . Woahhh , semua excited . PRINT buat aku main bantai je kawan dengan sapesape . Yehh , aku memang memilih kawan . My bad :(
 2011- Result day . Hari menangis segala . Hari menangis depan umi ! Saya kan kental maka saya tak pernah menangis depan umi abah . Tapi hari tu menangis depan umi . wuuuu ~ Kalau menangis depan umi abah mesti pasal result . Haishhhhhh !
 2011-Hari guru . Hari guru paling happening seh ! Semua macam berlaku secara spontan saja . greet cikgucikgu semua [ye je] Bestbestbest !
 2011-Ihtifal . Ihtifal terakhir sebagai penerima anugerah . Hari terakhir pakai baju sekolah . huhuhuhu . Hari terakhir gelakgelak dengan semua kat SRIH . a memoir .
 2011-Jamuan tahun 6 . with the 6UAF-ians .
 2011-lawatan . Aku tak join pun , cume aku gembira untuk mereka :DDD hehehe .
 2011-Jamuan UmmuAiman . With the happening ever classmates . Takkan dapat kat manamana seh . Jual tepi jalan pun belum tentu jumpa [?]
 2011-Mukhayam terakhir sebagai TKRS-er . Huhuhuhu , mukhayyam paling gempak ! Bila tengok kari daging je , aku dengan anisah mesti teringat mukhayyam tahun 6 . Makanan jatuh ! Meja terbalik ! huhuhuhu , rindu pulakkkk .
2011- dannnn , sukan terakhir sebagai budak SRIH . huhuhu , sukan sentiasa happening . Tapi best bila joyahjoyah semua dapat gather . dapat menggila samasama . rindunyeee ~

Kenangan tahun 6 yang paling indah . Tahun aku hampirhampir masuk kes disiplin . Tahun getir aku . Tahun aku menghargai semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! heheheh :DD speechless . Okey , never forget you batch 18 . Walaupun korang terpinggir kat negera barat sane ke , tapi kenangan bersama korang takkan kita lupa . Saya disini sentiasa merindui kalian semua . Ingatlah , tempat korang dalam hati kite takkan boleh diganti oleh sesiapa pungggg ! okey :D

Ahhhh , menjadi pelajar SRIH adelah satu nikmat yang indah yang takkan dapat kat manamana . Habis sudah tahuntahun di SRIH . huhuhu , memang haru betul la bila ingat semuanya . ngaaa . Semoga semua pengalaman menjadikan aku dewasa . Moga ukhuwwah kita semua berkekalan hingga ke syurga . Love you all fillah batch 18 <3 Walau raga kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat . InsyaAllah . May Him bless our life , dear :) Semoga setiap langkah dalam jalan dakwah ini mendapat naunganNya . Ameen .

25/04/2012

cinta Dia .

Ahhhh , lama tidak mengupdate . Sibuk mengupdate iman , mengupate cinta padaNya .

saja taruk gambar netball . rindu netball team MSSD 2012 :')
MSSD dah lama habis . nak dekat PS1 pung . huhu . seminggu lepas MSSD week , macammacam sakit menyerang . wuuuuu ~ sungguhlah , seminggu tak bermaya . macam mayat hidup je dalam kelas tu . seminggu tu hidup dengan sami'na wa ato'na . hoho . sampaikan kehadiran tidak disedari . memang sedih sehh . kadang orang cakap dengan diri pun nak tak nak je jawab sebab tak tahan menanggung sakit . minggu seterusnya . .  sakit mulai pulih . Alhamdulilaahhhh . Sakit tu penawar iman . sebab bila kita sakit for sure kita akan ingat Allah . sebabnya hanya Allah sahaja yang boleh sembuhkan sakit . bukan ubat , ubatnya hanya jalan untuk memulihkannya . Maka , jangan bergatung pada ubat . Bergantunglah pada Allah sepenuhnya :) selepas sakit mulai beredar , cinta pula mulai datang . cinta menuntut haknya untuk diurus setelah sekian lama dibiar saja . Aku dilema untuk meluahkan . Aku tak cukup rak dah nak simpan cinta kat mana . maka , saya post cinta melalui facebook . kemudian , aku pung take a step untuk bercinta dengannya  . selepas melafaz cinta tibatiba air mata jatuh berderai . ohhh , apakah perasaan iniiii ? Menangis dan menangis terus malam itu . Dia menemani aku dengan katakatanya . Sungguhlah , aku sangat sayangkan dia . malam itu juga , entah mengapa setiap kali melihat apaapa berkenaan dirinya , aku menangis lagi . tak tahu nak diungkapkan bagaimanakah perasaan itu dan cinta itu ku hadirkan sekali dengan cintaNya . Ya Allah , jika ini aturan indahMu . Jagakanlah hati aku dan dia agar cinta kami hanya keranaMu . Ya Allah , aku tak mampu nak berada bersamanya setiap masa . Maka , jagakanlah dia untukku <3 Jika ini mimpi , jangan terik aku keluar dari mimpi ini . Allah , aku sayang dia keranaMu . 

05/04/2012

perlu .

Assalamualaikum :)
3 atau 2 post yang lepas hanya post yang tak bermanfaat . Aku pun macam queckqueck bila baca balik . Takde faedah langsung untuk korang . Buang masa je kan ? Dan kali ni aku rasa aku perlu buat sesuatu yang mengisi kekosongan jiwa . Saya sebenarnya jiwa kosong . Perlukan sesuatu dalamnya yang mampu mengisi kekosongan ini . 

Aku bukanlah pro dalam semua hal . Tapi , aku sangat berminat dengan babbab ukhuwwah fillah . Selalu , nak rasa macam mana indahnya ukhuwwah fillah tu . Huh , aku tak mampu nak cakap diri aku ni baik sebab bagi aku baik tu title dia besar tau . Okey , sebenarnya nak menaip suara hati disini . Korang pernah tak terfikir nak perbaharui ukhuwwah korang ? Aku nak dan teringin sangat nak perbaharui ukhuwwah aku dan kawankawan aku sebab aku rasa bukan nak nampak baik tapi aku nak ukhuwwah ni sampai syurga Dia so , kenelah caranya . Takkanlah nak berukhuwwah sampai syurgaNya tapi khianat , bersangka buruk dengan kawan . Apa nama ukhuwwah dah tu ? Selemahlemah ukhuwwah adalah bersangka baik . Aku nak ukhuwwah aku bagaikan ukhuwwah dalam cerita Sinergi karya Hilal Asyraf . Sinergi , 1+1=3 . Mesti korang kate kita bodoh kan tak reti kira math budak 5 tahun . Jom , aku terangkan maksud yang aku nak sampaikan . Dalam sebuah persahabatan , ada dua orang . Suresure la ade dua orang takkan korang kawan sorangsorang pulak kan ? Dan dua orang itu menghasilkan sesuatu yang sepatutnya bukan 2 orang yang buat . Ish , memandai je aku mentafsir . Ye la , setiap pakar sejarah tafsirannya berbeza . Bukan pakar sejarah je , manusia pun tafsirannya berbeza . Kalau sama tak best lahh . Tak dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa . Ahhh sudahhh , dah merepek dah aku ni . Last but not least . Sorry lah kalau macam hape je , "Sebarkanlah agamaku walau sedikit pun"

Assalamualaikum :)Status ; jiwakacau .

30/03/2012

sekadar .

Sekadar luahan hati .

Muka ni , tak pernah terfikir untuk bergabung semula bersamanya . Dan , aku tak pernah berfikir akan berkumpul semula . Aku just ingat bila berkumpul " Yeah , berkumpul " tak rase apaapa . Tapi berkumpul kali ini buat aku nervous . sampaikan itu tahap tangan paling sejuk yang aku capai . Style aku ; kalau nervous tangan akan sejuk . Sangat sejuk . Kawan aku kata ; Macam orang nak mati pun ade . Berkumpul kali ni buat tangan aku sejuk yang teramat rasa nak pakai sarung tangan paling tebal dalam dunia . Ho Yeah , Aku tak pernah terfikir saat itu akan berlaku . Dan bila berlaku , I was like " WHOAAAA ! @#$%^&() " Rasa macam tibatiba awkward yang tak tergambar sangat . Dan , sampai habis tu baru tangan aku boleh calm down sejuk dia . Itu menunjukkan yang aku sangatsangat tak terkata nervousnyaaa . Novel Quartet cakap ; Kita akan bertemu dengan orang yang salah dulu , baru dengan orang yang betul . Penantian untuk improve Iman dan diri . Bukan penantian yang sekadar penantian . Ya Allah , Jika itu takdir aku untuk bersamanya maka kau lindungilah hati aku dari maksiat .

Netball .

Alhamdulillah , Dia beri aku peluang untuk realisasikan impian aku bila masuk SMIH . Aku akan manfaatkan semuanya ! Yeahhh ! Bila latihan memang tak lari dari mengeluh " Penat gila ! Malasnyaaa . " Tapi aku tak mampu nak mengelak kerana aku pun manusia yang tak lari dari kesalahan . Penat tak perlu kata . Sampaikan rasa macam rumah ni just a stop untuk mandi , tidur . Begitulah hidupp ~

Dibo ; sedang terseksa berpantang . Takpe , jangan mengeluh . Segala yang kau lakukan akan membuahkan hasil yang baik jika dilakukan kerana Dia . Betulkan niat semula . 

14/03/2012

just nothing XD

okey , sebenarnya aku tak tahu sangat nak post tapi sebab memang dah lama sangat tak post sooo , post je la . Terima jelah ape yang aku tulis ni :P

okey just nak post ape yang bertandang kat akal fikiran ni .

 okey , MABIT best . bagi 9/10 bintang . Gud Job akak batch 15 . Well , MABIT membuatkan aku rindu dengan budakbudak BATCH 18 yang dah pindah . MABIT membuat aku sedar bahawa besarnya tanggungjawab aku dalam dunia ni . okey , korang mesti tanya ape ke nama haiwan aku sebut tuuu . MABIT is stand for Malam Bina Iman dan Taqwa . MABIT membuat aku makin jatuh cinta dengan SMIH . oh mann , MABIT sangatsangat membuatkan aku nak balik SRIH . Seriousss . 

Then , lepas habis MABIT je , aku terus gerak pegi Padang Maju Jaya untuk Sukan SRIH dengan wangi ^^ . Yeah , aku alumni SRIH yang setia pada SRIH sampai bilabila . datang sukan SRIH buat aku makin rindu semua orang . Seriously , bila sesuatu bende tu dah pergi , kau akan rasa kehilangan . Yess , aku kehilangan life aku sebagai budakbudak . So , presenting . . . 
saya jumpa Hasanah ! Okey , dia masih sakai macam dulu . dia masih dengan perangai selamba badak dia . then , aku dapat gather dengan kawankawan sekolah aku walaupun masih sama sekolah . tapi kat sekolah lain , kat sekolah busy . so , I was so happy okeyy ! Happy like this . . .







Okey , sekarang ni memang susah nak dapat aku bahagia gilagila . Hidup memang begituu ~ aku time ni memang aku sangat bahagia . Adibah , jangan bahagia sangat nanti sedih sangat . Sebab dah lama sangat tak gather begitu la jadinyaa . Anyway , aku mampu bahagia di sisi mereka :) Bahagia aku takde sape dapat rasa . Aku sorang je :P Okey , sape tak happy dapat act macam perangai budakbudak an ? dengan diorang la aku buat segala perangai tak matang tu . Diorang je yang mampu tahan perangai annoying aku tu . Even , hari panas pun :P Lepas tu , memang dah panas tahap @#%$^^& . lepak pulak bawah khemah Ibubapa . Gathering with them + Joyah . Like WHOAAAAA ! Thanks to my parent yang tak matang langsung la kan . terima kasih sebab layan annoying aku . 14/3 befday Senior aku yang rapat dengan aku . 
Thanks Seniorrr !
Gathering Joyah . Farhana Zakaria is not there . tengah bersuka ria dalam kereta balik kampung . Joyah , sentiasa Kepohhh .
Then , meet my friends . tempat aku jadi budakbudak .


Moga setiap detik bersama mereka aku hargai dengan sebaiknya . Moga setiap langkah bersama mereka mendekati syurgaNya . 1437 <3
 Anyway , aku sebagai senior budakbudak ni . Aku nak kritik la sikit kan . Sukan korang dah tak semeriah time kitorang ada dulu . Even , korang sekolah siap sediakan khemah ade kipas tu . Tapi . .  meriah takdoo . So , kite rase tak meriah sebab krang kehilangan satu batch yang super happy kan ? Well , takde batch kitorang memang tak gempak sekolah kan ? HAHAHA ! tapi , memang betul ^^ Okey . Sukan segala hape dah habis . The Enddddd . . . 

Then , Exam . I was like WHOAAAA ! ARGHHHHH ! begitulah ye . Susah nak catch up bende baru dalam hidup . So , resultnya pon telan je la nanti . Okey , hal exam aku memang nak segera2 tutup . rasa nak termuntah fikir exam yang aku buat ala kadar sangat . So , kalau result aku teruk . You deserves it Adibah ! Then , kitorang buat Projek Kita yang-tak-berapa-nak-jadi
Okey , met Amira ! So , Tahun ni dah complete aku jumpa budakbudak geng aku yang dah pindah . tapi belum gather reramai lagi la . Okey , life sekarang so-so je . Tapi , aku nak ckp bila kau dekat dengan Dia , kau akan rasa SUPER POWER punya life :) Then , Biarlah semua orang tak suke dan rasa menyampah tengok post kau . Janji ia membawa manfaat kepada orang lain .

Bukan senang nak bawak orang pergi Jalan lurus . sebelum bawak orang , kene sediakan diri kene maki hamun . takpe lah , demi ukhuwwah yang indah . Aku sanggup tergores hati demi  membawa kawankawan aku bersama aku di Jalan ini . Biarlah aku sorang yang sakit hati . Aku sangat sayang ukhuwwah ini . Moga , ukhuwwah kita sampai ke SyurgaNya <3 TQVM everyone :')

Akhirnya , Tercipta juga sebuah post setelah beberapa bulan .

YOUR WORDS